Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasih
Ingin ku coretkan warkah ini buat bakal
suamiku..tidak pernah terlintas untuk mengungkapkan lafaz yang sekian lama
tersimpan sebelum tiba masanya..namun, ku coretkan warkah ini untuk ku nyatakan
sesuatu kepadamu..
Sepanjang hidupku, tidak pernah ku buka
pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu menyakitimu tanpa aku
sedari..aku menjaga pandanganku dan pergaulanku kerana hatimu perlu ku utamakan..
Aku menutup rapi seluruh mahkota berharga
buat kaum wanita kerana hanya kau insane yang selayaknya untuk itu..tidak guna,
aku dipandang cantik dan menjadi rebutan ramai kerana aku tahu hanya kau
seorang yang bisa aku milikki..
Aku menjaga akhlakku, aku berusaha menjadi
wanita solehah kerana aku berpegang pada janji Allah..aku mengimpikan lelaki
yang menjaga pandangan kepada wanita dan kerana itu aku perlu menjaga
pandanganku terlebih dulu kerna janji Allah wanita yang baik untuk lelaki yang
baik..
Aku tidak mampu menipu hati dan
perasaanku..lumrah untuk mencintai dan dicintai juga mengasihi dan
dikasihi..namun aku berusaha menafikan semuanya kerana mu..tidak mahu aku
berikan sisa cintaku hasil lebihan dari lelaki lain kerana kau berhak mendapat
yang tulen nan suci..
Bukan aku mengharap dirimu sekacak Yusuf,
yang bisa membuatkan wanita berdarah tangannya kerana memandangnya..andai benar
kau jodohku, andai benar aku diciptakan dari tulang rusukmu..aku pasti perasaan
cinta dan sayang akan Allah campakkan tanpa aku sedari..akan tetapi sebelum ada
ikatan yang sah, jangan pernah kau zahirkan perasaanmu kepada aku..aku bimbang
tiada rahmat dan barakah Allah pada kehidupan kita nanti...
Ingin coretkan permintaanku buat mu dalam
warkah ini..aku mengarapkan engkau menyerahkan seluruh dirimu untuk menggapai
redho Allah..izinkan aku menjadi sayap kiri dalam perjuanganmu dan benarkan aku
untuk menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu kau rebah di medan
fisabillah..beri aku kesempatan untuk menyesat darah dari lukamu, menyesat
peluh dari tubuhmu dengan tanganku sendiri..kerana itu impianku yang telah lama
tersimpan..
Aku pasti sedih dan kecewa andai kau
mencintaiku seluruh jiwa dan ragamu..aku inginkan kau berikan seluruh cintamu
kepada Allah dan Rasul kerana dengan itu aku pasti, kau mencintaiku
keranaNYA..itulah cinta yang aku harpakan..kerana aku pasti cinta itu bakal
tumbuh mekar hingga ke jannahNYA..
Jangan pernah kau kayakan aku dengan harta
dan dunia..aku tidak akan pernah bahagia dengannya..aku bisa bahagia bila kau
bisa meluruskan tulungku yang bengkok dengan bimbangan meniti jalan syariat,
jalan yang diredhoi Allah..kerana kebahagian yang aku cari adalah kebahagian
bila kita bisa hidup dalam rahmat Allah..